






Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
12 JULAI 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Surau Ar-Rahim di Presint 15, Putrajaya bersama penduduk setempat.
Beliau berkata, Khatib Ustaz Mohd Saiful Asyraf Shahril Bahrin telah menyampaikan khutbah bertajuk โMengimani Qadar, Rahsia Berjiwa Besarโ, yang menjadi amanat bermakna buat jiwa-jiwa yang berduka kerana dihimpit tekanan dan ujian dalam kehidupan
“Saya terkesan dengan amanat khutbah yang menekankan keperluan untuk kita yakin pada takdir Allah, serta percaya bahawa ujian hidup ini adalah satu bentuk penyucian jiwa dan peluang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT,” kata beliau dalam hantaran di FB.
Rasulullah SAW bersabda:
โุฅูููู ุนูุธูู ู ุงููุฌูุฒูุงุกู ู ูุนู ุนูุธูู ู ุงููุจููุงูุกู ููุฅูููู ุงูููููู ุฅูุฐูุง ุฃูุญูุจูู ููููู ูุง ุงุจูุชููุงูููู ู ููู ููู ุฑูุถููู ูููููู ุงูุฑููุถูุง ููู ููู ุณูุฎูุทู ูููููู ุงูุณููุฎูุทู
“Sesungguhnya besarnya ganjaran itu bergantung kepada besarnya ujian. Dan sesungguhnya apabila Allah mencintai suatu kaum, Dia akan menguji mereka. Maka sesiapa yang redha, baginya keredaan Allah, dan sesiapa yang marah, maka baginya kemurkaan Allah”. – JM
