Pelaksanaan NAS dijangka beri limpahan ekonomi RM2 bilion – Fahmi

Oleh: Sholina Osman
Foto Ihsan FB Fahmi Fadzil
17 JULAI 2025

Pelaksanaan Sistem Alamat Nasional (NAS) dijangka akan memberikan limpahan ekonomi sebanyak RM2 bilion dan bakal mewujudkan lebih daripada 2,000 peluang pekerjaan baharu dalam tempoh lima tahun.

Sekaligus Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata NAS bukan sekadar menyelesaikan cabaran semasa, malah dijangka akan membawa kesan limpahan sosioekonomi yang besar
termasuk peningkatan produktiviti, penciptaan pekerjaan dan
peningkatan daya saing negara.

Bagi mencapai visi NAS, beliau telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(MCMC) untuk melaksanakan Pelan Anjakan NAS,” katanya semasa berucap merasmikan majlis Pelancaran Persidangan Alamat Nasional 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini (17 Julai).

Fahmi berkata pelan ini akan bermula dalam masa terdekat dengan Projek Perintis yang akan menguji model
NAS di lokasi terpilih dari segi tadbir urus, teknikal, pentadbiran dan
integrasi data oleh agensi berkaitan.

PELAN ANJAKAN NAS

“Saya berharap Pelan Anjakan NAS diguna pakai oleh semua agensi
dan industri untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih
berorientasikan digital,” katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan inisiatif ini memerlukan kerjasama erat daripada agensi-agensi, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), perkhidmatan logistik, syarikat utiliti dan rakyat Malaysia secara amnya.

“NAS juga akan dapat memperkukuh sektor-sektor berasaskan
lokasi seperti e-dagang, logistik, dan perkhidmatan kurier,” katanya.

Beliau berkata dengan penggunaan alamat dan koordinat yang tepat bagi setiap destinasi, penghantaran dapat dilaksanakan dengan lebih pantas, efisien, serta mengurangkan risiko kesilapan penghantaran. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *