

Oleh: Sholina Osman
19 OGOS 2025
Jabatan Peguam Negarq (AGC) menegaskan bahawa pertuduhan di bawah seksyen 507C(1)
Kanun Keseksaan (KK) terhadap suspek kes kematian Zara Qairina
adalah bersandarkan kepada bukti dan fakta yang diperoleh hasil daripada siasatan yang dijalankan.
Kenyataan media AGC hari ini adalah merujuk kepada Kenyataan Media bertarikh 19 Ogos 2025 yang dikeluarkan oleh peguam lantikan Noraida Lamat, ibu kepada arwah Zara Qairina, mengenai permohonan pihak peguam untuk menangguhkan pendakwaan di bawah seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan serta cadangan pertuduhan pihak peguam di bawah seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan (“Kenyataan Media tersebut”).
Berdasarkan penelitian jabatan ini terhadap kertas siasatan, pertuduhan di bawah seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan dibuat kerana pertuduhan ini merujuk kepada perbuatan buli sahaia dan tidak mempunyai kaitan dengan kematian Zara Qairina.
ADALAH BERSIFAT SPEKULATIF
“Kenyataan peguam di Perenggan 4 kepada Kenyataan Media tersebut adalah bersifat spekulatif tanpa disokong oleh fakta yang tepat,” kata kenyataan AGC.
Oleh yang demikian, Jabatan ini sekali lagi menegaskan bahawa pertuduhan di bawah seksyen 507C(1)
Kanun Keseksaan di dalam kes ini adalah bersandarkan kepada bukti dan fakta yang diperoleh hasil daripada siasatan yang dijalankan. – JM
