Jawatankuasa Teknikal ditubuh bagi Kerajaan Perpaduan hadapi PRN Sabah

Oleh: Sholina Osman
20 OGOS 2025

Jawatankuasa Teknikal ditubuhkan bagi meneliti aspek kerjasama dalam kalangan parti-parti Kerajaan Perpaduan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Ketua Sekretariat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata ia antara agenda utama Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia Bilangan 2 Tahun 2025 yang berlangsung di Kompleks Seri Perdana, hari ini (19 Ogos).

“Kajian separuh penggal
pencapaian Kerajaan Perpaduan yang sedang dilakukan di peringkat Jemaah Menteri perlu dibentangkan kepada Majlis Perundingan Pimpinan,” kata beliau dalam kenyataan media hari ini (19 Ogos).

MENGHORMATI PERSPEKTIF BERBEZA

Dr Asyraf berkata ia bagi melihat perkara-perkara yang telah dipersetujui bersama di samping menghormati perspektif berbeza parti-parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.

Selain itu kata beliau, mesyuarat ini turut bersetuju untuk menilai pencapaian-pencapaian Kerajaan Perpaduan dan mengambil perhatian terhadap semua teguran terhadap kerajaan.

“Mesyuarat juga memberikan perhatian tentang usaha-usaha pemantapan ekonomi negara dan program-program untuk kesejahteraan rakyat,” tambah beliau.

Dr Asyraf berkata mesyuarat turut merakamkan tahniah atas pencapaian Malaysia dan Perdana Menteri yang berjaya mewujudkan perjanjian perdamaian antara Thailand dan Kemboja. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *