Loji Rawatan Air Langat 2 projek gergasi mega jadi manifestasi terpenting negara – PMX

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
20 OGOS 2025

Loji Rawatan Air Langat 2 di Hulu Langat petang tadi adalah sebuah projek gergasi mega yang menjadi manifestasi terpenting negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia juga menjadi bukti keupayaan anak bangsa menguasai teknologi canggih dalam usaha dan upaya memenuhi keperluan strategik rakyat dan negara.

“Pembangunan dan pembinaan loji rawatan air ini ternyata menjadi simbol bagaimana ia mencerminkan hasrat kita dalam mengangkat siling ekonomi dan meninggikan lantai kesejahteraan rakyat,” kata beliau dalam hantaran di FB.

AIR DAN SUMBER

Perdana Menteri juga menekankan betapa air dan sumber tenaga adalah nadi pembangunan, dan tanpa keduanya mustahil negara bangsa ini mampu menjadi destinasi tumpuan untuk pelaburan, pusat teknologi dan menjadi hab data serantau.

Lantas kata beliau dengan kerjasama erat Kerajaan Persekutuan, negeri serta syarikat tempatan, maka kita mampu menjelmakan projek raksasa bernilai berbilion ringgit dengan kepakaran anak tempatan.

“Justeru, saya punyai harapan setingginya agar usaha ini dapat memperkukuh daya tahan ekonomi, memantapkan tahap keselesaan hidup rakyat serta memartabatkan prinsip tatakelola yang baik,” tambah beliau.

Perdana Menteri mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua yang menjayakan Langat 2 yang pastinya menjadi legasi untuk generasi hari ini dan yang akan datang. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *