MCMC diberi tempoh hingga hujung tahun bangunkan 10 instrumen subsidiari laksana ONSA 2024 – Fahmi

Wartawan JM
25 OGOS 2025

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diberi tempoh hingga hujung tahun ini untuk membangunkan 10 instrumen subsidiari yang telah dikenal pasti bagi memastikan pelaksanaan berkesan Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) 2024.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata instrumen berkenaan melibatkan aspek tatacara, pentadbiran serta mekanisme klasifikasi kemudaratan dalam talian, namun tempoh yang diberikan perlu dipendekkan.

MULA BERKUAT KUASA

“Saya minta sebelum hujung tahun, kalau boleh lebih awal dari itu, mungkin dalam masa beberapa bulan kerana ONSA telah mula berkuat kuasa pada Julai,” kata beliau pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di Putrajaya hari ini (25 Ogos).

Fahmi berkata, paling penting kita
mahukan keadaan dalam talian ini lebih selamat dan dikurangkan mudaratnya

“Setelah instrumen seperti Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) diwujudkan, platform media sosial tidak boleh membenarkan kandungan berbentuk penyamaran atau deepfake disebarkan,” tambah beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *