



Oleh: Sholina Osman
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
2 SEPT 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan buku “Truly Asia: Malaysia — A Country You Won’t Want To Abandon” karya Dr Yan Lijin.
Dr Ya adalah seorang ahli akademik, pakar ekonomi dan ahli perniagaan China yang menzahirkan penghargaan ikhlas beliau terhadap Malaysia.
“Buku ini berjaya menggambarkan kepelbagaian wajah Malaysia yang kaya budaya, tradisi dan kemodenan, di samping keindahan alam semula jadi yang memukau,” kata Anwar dalam hantaran di FB.
BUKU INI BERNILAI
Jelas beliau buku ini bernilai bukan sahaja untuk pelaburan, pendidikan dan eksplorasi budaya, tetapi juga untuk mengenali pesona Malaysia secara menyeluruh.
“Saya menghargai keikhlasan Dr Yan yang berusaha memperkukuh hubungan antara rakyat Malaysia dan China melalui buku ini, sebagaimana utuhnya persahabatan yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara,” tambah Perdana Menteri. – JM
