PMX hadir mesyuarat dua hala dengan Premier Li Qiang dan delegasi China

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
3 SEPT 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi Malaysia ke Diaoyutai State Guest House bagi mengadakan mesyuarat dua hala dengan Premier Li Qiang dan delegasi China.

“Saya sekali lagi menyampaikan ucapan tahniah atas kejayaan Sidang Kemuncak SCO, di samping menzahirkan penghargaan atas sokongan China terhadap ASEAN,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Tegas Anwar Malaysia kekal komited membina komuniti strategik bersama China, seiring nilai MADANI.

MENEROKA PELUANG BAHARU

“Kami turut meneroka peluang baharu dalam perdagangan dan pelaburan, khususnya memperkukuh kerjasama di bawah Belt and Road Initiative (BRI) serta inisiatif strategik lain yang melibatkan pembangunan infrastruktur, ekonomi digital, inovasi teknologi dan sumber tenaga,” tambah beliau.

Perdana Menteri menjelaskan kedua pihak membincangkan isu serantau termasuk perkembangan di Myanmar dan konflik Cambodia-Thailand, di mana Malaysia dan China sepakat mahu melihat penyelesaian damai tercapai menerusi dialog.

“Selesai mesyuarat, Premier Li meraikan delegasi Malaysia dalam majlis makan malam eksklusif yang dihoskan khas buat negara kita, lambang persahabatan erat Malaysia–China yang berteras hormat, keikhlasan dan saling menghargai, serta tekad untuk melangkah ke hadapan bersama,” tambah beliau lagi. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *