Pelihara akhlak sebagai benteng utama tempuh arus dunia moden – Raja Muda Perlis

Oleh: Sholina Osman
16 SEPT. 2025

Dalam menempuh arus dunia moden yang serba mencabar, peliharalah akhlak sebagai benteng utama kerana kejayaan yang hakiki tidak hanya diukur melalui kepintaran, tetapi juga melalui keperibadian yang luhur.

Pada masa yang sama, kukuhkanlah jaringan persaudaraan dan semangat kebersamaan, kerana kekuatan umat terletak pada kesatuan hati dan perpaduan usaha.

Hanya dengan bersatu dan saling menyokong, kita mampu membina masa depan yang lebih gemilang.

Namun dengan kesungguhan dan komitmen, kita mampu melahirkan generasi muda yang bukan sahaja berilmu dan berdaya saing, tetapi juga berakhlak mulia serta berwawasan global.

SUMBANGAN AGIHAN ZAKAT

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyampaikan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istisdat Melayu Perlis (MAIPs) kepada Masjid Al-Ama di Kawasan Sari Ater, Jawa Barat, Indonesia yang diterima oleh pegawai masjid yang bertugas, Rian Maulana.

Turut berangkat ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shshreen Akashah Khalil.

Baginda berdua berada di Bandung sempena International Leadership Mobility 2025 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan menunaikan solat di masjid berkenaan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *