PMX adakan kunjung hormat ke atas Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
16 SEPT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja di Pulau Mutiara dengan mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib di Seri Mutiara.

Pertemuan yang turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil ini menyentuh pelbagai perkara, daripada perkembangan geopolitik antarabangsa hingga ke pembangunan negara serta kebajikan rakyat di negeri ini.

“Sempat menghimbau nostalgia tatkala Ramli menunjukkan gambar lama saya dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama beliau dan Toh Puan Noora Ashikin Raja Abdullah yang dirakam sekitar 90-an, selepas kami bermain badminton,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Selepas santapan tengah hari, Anwar berpeluang bergambar bersama keluarga Ramli, sambil menitipkan salam Azizah buat semua. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *