






Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
16 SEPT. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan ringkas bersama Perdana Menteri dan Putera Mahkota Arab Saudi, Presiden Turkiye, Raja Jordan, Perdana Menteri Pakistan dan Putera Mahkota Kuwait sempena Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam.
“Kami menekankan sokongan penuh terhadap Qatar yang menjadi mangsa serangan rakus dan biadab rejim Zionis Israel, di samping memperkukuh kesepakatan untuk membela Palestin,” katanya dalam hantaran di FB.
Anwar berkata fokus utama adalah memastikan tindakan bersama yang lebih tegas bagi menamatkan pencerobohan Israel, mempertahankan kedaulatan negara Arab-Islam serta menjamin hak rakyat Palestin. – JM
