
Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
18 SEPT. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik kenyataan Sultan Selangor Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah
berhubung latar sejarah, masa depan dan hala tuju kawasan Kampong Bharu.
Beliau berkata pandangan ini selari dengan pendirian Kerajaan MADANI yang teguh menekankan keperluan menghargai warisan sejarah serta merangka pembangunan yang adil dan seimbang.
Jelas Anwar kerajaan berpegang teguh bahawa setiap keputusan mesti berpaksi pada aspek kesejahteraan rakyat serta kelangsungan identiti masyarakat.
“Sebagai Pengerusi Majlis Perumahan Mampu Milik Negara, saya tetap beriltizam memastikan pembangunan benar-benar membawa manfaat kepada rakyat tanpa mengorbankan maruah, hak dan sejarah yang merupakan kepentingan nasional,” kata beliau dalam hantaran di FB. – JM
