Tindakan tegas terhadap sebarang perbuatan boleh ganggu prosiding mahkamah – AGC

Wartawan JM
22 SEPT. 2025

Jabatan Peguam Negara (AGC) memandang serius kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung kes Zara Qairina semasa berucap di majlis “Jelajah Inspirasi DSSA P187 Kinabatangan” pada 20 September 2025.

Kenyataan sedemikian berpotensi menimbulkan persepsi yang tidak tepat dalam kalangan masyarakat serta menjejaskan kelancaran prosiding mahkamah yang sedang berlangsung.

Sehubungan itu, dalam kenyataan media hari ini AGC memaklumkan sedang meneliti dengan terperinci setiap kandungan kenyataan tersebut.

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG

“Jabatan ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas menurut peruntukan undang-undang, termasuk memulakan prosiding penghinaan mahkamah setelah penelitian tersebut selesai,” kata kenyataan itu lagi.

Jabatan ini sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh mencetuskan kekeliruan atau mengganggu kelancaran prosiding mahkamah yang masih berlangsung. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *