Turunkan harga petrol RON95 langkah berani kerajaan MADANI – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
28 SEPT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan bahawa penurunan harga petrol RON95 adalah langkah berani Kerajaan MADANI, hasil usaha memperkukuh tatakelola dan kewangan negara.

“Subsidi ini disalurkan melalui BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bagi menoktahkan ketirisan lama, memastikan rakyat mendapat manfaat secara adil,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Anwar berkata demikian swmasa memberi amanat di Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Kementerian Kewangan.

BAHAWA WARGANEGARA ASING

Perdana Menteri berkata dasar Kerajaan adalah jelas bahawa warganegara asing dengan kenderaan luar tidak dibenarkan membeli RON95.

Beliau berkata sementara pekerja asing dan ekspatriat dengan kenderaan tempatan masih boleh membeli pada harga pam.

“Walaupun 99 peratus rakyat Malaysia memadai dengan siling 300 liter sebulan, Kerajaan tetap bersedia mempertimbangkan rayuan untuk keperluan khusus seperti bot sungai, janakuasa atau mesin potong rumput,” tambah beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *