PMX hadir Seminar SPM Cemerlang: Saya Pelajar MADANI Cemerlang di SMJK Yuk Choy

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
11 OKT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Seminar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Cemerlang: Saya Pelajar MADANI Cemerlang di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Yuk Choy, bersama ribuan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM.

“Dalam sesi tersebut, saya tekankan bahawa kecemerlangan akademik mesti seiring dengan ketinggian akhlak, moral dan etika hidup,” katanya dalam hantaran di FB.

Beliau berkata pendidikan bukan sekadar untuk memperoleh ilmu dan meningkatkan martabat diri, tetapi juga sebagai wadah membentuk insan yang berguna kepada masyarakat dan negara.

MENGENAI MASALAH DISIPLIN

“Saya turut menzahirkan kebimbangan terhadap laporan mengenai masalah disiplin dan gejala sosial yang melibatkan pelajar,” kata beliau.

Beliau berkata institusi pendidikan seharusnya menjadi medan untuk membina manusia yang baik, bertanggungjawab dan berakhlak mulia, bukan sekadar melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan.

“Sebelum beredar, saya juga menegaskan kepentingan membanteras budaya buli di sekolah, yang kini memerlukan perhatian serius sehingga kerajaan menggubal undang-undang anti-buli bagi melindungi pelajar serta memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat dan berperikemanusiaan,” kata beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *