PMX arah proses pembinaan Masjid MADANI dipercepatkan

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
9 DIS. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya proses pembinaan Masjid MADANI dipercepatkan supaya rakyat dapat menikmati manfaatnya tanpa berlengah.

Gesaan itu dibuat ketika beliau meneliti isu berkaitan pembinaan Masjid MADANI selepas menerima taklimat mengenai perkembangan terkini beberapa projek pembangunan utama di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Beliau berkata projek baharu seperti Kota MADANI Putrajaya dan Bandar MADANI Bukit Jalil juga dilihat berada di landasan yang tepat.

KONSEP SEKOLAH VERTIKAL

Ini kerana kata beliau ia diterapkan dengan sepenuhnya elemen-elemen MADANI, termasuk konsep sekolah vertikal dan kemudahan komuniti yang lebih bersepadu.

“Pada masa yang sama, projek pembangunan semula di beberapa lokasi strategik turut diberi perhatian rapi,” katanya dalam perkongsian di FB.

Anwar berkata Kerajaan kekal fokus dalam memastikan setiap pembangunan bandar memberi manfaat langsung kepada rakyat, antaranya peningkatan infrastruktur, penyediaan kemudahan moden, hinggalah pemeliharaan identiti dan warisan bandar.

“Insya-Allah, usaha bersepadu ini menjadi sebahagian daripada ikhtiar kita untuk membina bandar yang lestari, inklusif, dan progresif, ” tambah beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *