



Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
9 DIS. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Pembentangan Khas Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia (2026–2035) yang merupakan satu gagasan atau rangka kerja jangka panjang untuk memperkukuh hala tuju pendidikan tinggi negara.
Beliau berkata rencana ini adalah asas penting untuk memastikan sistem pendidikan tinggi kita lebih inklusif, berkualiti dan berdaya saing.
“Ia ke arah melahirkan generasi masa depan yang bersedia menghadapi tantangan dan cabaran masa depan yang bertali arus,” kata beliau dalam hantaran di FB.
SEJAJAR DENGAN PERCAMBAHAN
“Sebagai ‘living document’, pelan ini akan terus berkembang sejajar dengan percambahan pelbagai teknologi baharu dewasa ini,” tambah beliau.
Anwar berkata melaluinpendekatan antara disiplin dan penyelidikan berorientasikan misi, ia akan memacu transformasi masyarakat serta inovasi ke arah sebuah negara yang harmoni, makmur, berteknologi maju dan mampan. – JM
