Rakyat Malaysia dinasihatkan tangguh ke Hatyai sehingga pembersihan pasca banjir selesai

Oleh: Sholina Osman
18 DIS. 2025

Hatyai telah dilanda banjir yang teruk tiga minggu lepas sehingga melibatkan kerosakan harta awam dianggarkan RM1.3 billion.

Kimi proses pembersihan kesan banjir masih dijalankan dan terdapat banyak lori dan kenderaan berat di Hatyai bagi tujuan tersebut.

Kebanyakan premis makan dan tempat-tempat tumpuan pelancong juga masih tutup.

PUSAT-PUSAT PERUBATAN

Penyakit-penyakit berkaitan dengan pasca banjir juga sedang menular dan ini menyebabkan pusat-pusat perubatan di Hatyai amat sibuk dan keupayaan untuk menerima pesakit baru amat sedikit.

Mengambil kira keadaan bandar Hatyai yang masih terjejas pasca banjir, dan hujan lebat yang dijangka turun sehingga 20 Disember 2025, adalah dinasihatkan rakyat Malaysia yang ingin melawat ke bandar Hatyai untuk menangguhkan perjalanan sehingga proses pembersihan pasca banjir selesai dan premis-premis makanan dan pusat tumpuan pelancong sudah dibuka semula.

Demikian dikongsikan oleh Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Thailand, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menurut kenyataan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)

SUMBANGAN IBNU SABIL

Terdahulu beliau menerima simbolik sumbangan Ibnu Sabil MAIPs berjumlah RM5,000 daripada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, semalam.

Sementara itu Tuanku Raja Muda bersama-sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda kedua, Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail berkenan meninjau beberapa kawasan di Hatyai yang dilanda banjir teruk baru-baru ini diiringi oleh Ahmad Fahmi. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *