Awas Emel Palsu Menggunakan Nama TNB

31 Jan 2026

Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil maklum mengenai penularan emel palsu berkaitan tuntutan hadiah yang menggunakan nama pengurusan TNB, dengan tujuan memperdaya penerima untuk mendapatkan maklumat peribadi.

Kami ingin menegaskan bahawa emel palsu tersebut bukan daripada TNB.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan tidak berkongsi maklumat peribadi atau kewangan dengan pihak yang mencurigakan. Abaikan sekiranya menerima sebarang komunikasi berkaitan TNB yang meragukan atau salurkan kepada kami untuk tindakan selanjutnya:

  1. Private Message (PM) di Facebook TNB Careline
  2. Direct Message (DM) di X @Tenaga_Nasional
  3. Emel ke CareLine@myTNB.my

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *