


31 Jan 2026
Kementerian Pertahanan memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah memperkenankan Leftenan Jeneral Datuk Haji Malek Razak bin Sulaiman dinaikkan ke pangkat Jeneral dan dilantik menjawat jawatan Panglima Angkatan Tentera (PAT), berkuat kuasa mulai 1 Februari 2026.
