





Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri
9 FEB. 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi pada majlis makan tengah hari di Kompleks Seri Perdana.
Beliau berkata sempena majlis jamuan tengah hari itu juga diserikan dengan persembahan tarian serta kebudayaan penuh memukau memperlihatkan keindahan warisan seni dan kepelbagaian budaya yang menjadi kebanggaan kedua-dua negara.
“Sesi santai yang disulami aneka juadah istimewa Malaysia dan India ini mengeratkan hubungan antara delegasi,” kata Anwar dalam hantaran di FB.
MENJADI RUANG BERMAKNA
Anwar berkata selain itu ia menjadi ruang bermakna untuk saling mengenali identiti, tradisi dan keunikan budaya masing-masing.
“Moga hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan India akan terus diperkukuh, demi memacu kemakmuran serta kesejahteraan bersama, sekali gus membawa manfaat berpanjangan kepada rakyat kedua-dua negara,” kata Anwar. – JM
