



.
π£π¨π§π₯ππππ¬π, ππ π π²πΆ β Isu keselamatan perairan dan kerjasama strategik maritim menjadi fokus utama dalam kunjungan hormat delegasi Kedutaan Perancis di Malaysia ke atas Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Datuk Haji Mohd Rosli berkata, pertemuan tersebut mencerminkan komitmen kedua-dua negara untuk memperkukuh hubungan dua hala khususnya dalam aspek penguatkuasaan dan keselamatan maritim.
Kata beliau lagi, landskap keselamatan maritim serantau yang semakin mencabar memerlukan kerjasama erat antara negara bagi memastikan perairan sentiasa selamat dan terkawal.
βKerjasama antarabangsa amat penting dalam meningkatkan keupayaan operasi, pertukaran maklumat serta pembangunan kepakaran bagi menghadapi ancaman keselamatan maritim yang semakin kompleks,β katanya.
Terdahulu, delegasi Perancis yang diketuai Duta Besar Perancis ke Malaysia, H.E. Marc Abensour telah mengadakan sesi perbincangan bersama pengurusan tertinggi Maritim Malaysia.
Antara perkara dibincangkan termasuk potensi kerjasama dalam bidang latihan, pembangunan kapasiti, perkongsian kepakaran teknikal serta pengukuhan hubungan strategik antara kedua-dua pihak.
Kunjungan itu turut dilihat sebagai langkah memperluas jaringan diplomatik dan operasi antara Malaysia dan Perancis dalam usaha mempertingkat kesiapsiagaan penguatkuasaan maritim di rantau ini.
Maritim Malaysia dalam pada itu turut menegaskan, komitmennya untuk terus memperkukuh hubungan dengan agensi penguatkuasaan luar negara demi memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara.
.
