πŸ‡²πŸ‡Ύ 𝗣𝗔𝗦𝗣𝗒π—₯𝗧 π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—” π—žπ—œπ—‘π—œ π——π—œ π—§π—”π—‘π—šπ—šπ—” π—žπ—˜-𝟲 π——π—¨π—‘π—œπ—” 🌍

11 Mei 2026

Pasport Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya di persada antarabangsa apabila berjaya melonjak ke tangga ke-6 paling berkuasa di dunia bagi tahun 2026 berdasarkan π“π‘πž π‡πžπ§π₯𝐞𝐲 𝐏𝐚𝐬𝐬𝐩𝐨𝐫𝐭 𝐈𝐧𝐝𝐞𝐱 πŸπŸŽπŸπŸ” 𝐆π₯π¨π›πšπ₯ π‘πšπ§π€π’π§π , berbanding kedudukan ke-12 pada tahun sebelumnya.

Pencapaian ini mencerminkan keyakinan serta pengiktirafan dunia terhadap Malaysia, di samping membuktikan kekuatan hubungan diplomatik dan mobiliti global negara yang terus diperkasa.

Pasport Malaysia bukan sekadar dokumen perjalanan, malah simbol kedaulatan, kepercayaan antarabangsa dan kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Jabatan Imigresen Malaysia akan terus komited dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan yang cekap, selamat dan berintegriti demi memastikan keyakinan rakyat serta imej negara sentiasa terpelihara.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *