Mesyuarat Agung KKUUiTM Cawangan Perlis berjaya himpun ahli-ahli bagi memperkukuhkan perpaduan

Oleh: Sholina Osman
9 JUN 2026

Mesyuarat Agung Tri – Tahunqn Kesatuan Kakitangan Umum UiTM (KKUUiTM) Cawangan Perlis Kali Ke-31 berjaya menghimpunkan ahli-ahli kesatuan dalam usaha bagi memperkukuhkan perpaduan, membincangkan isu-isu kebajikan pekerja serta menyokong agenda pembangunan universiti.

Kenyataan media KKUUiTM Cawangan Perlis memaklumkan
penganjuran mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan kesatuan dalam memastikan kebajikan dan kepentingan ahli sentiasa diberi perhatian secara konstruktif dan berhemah.

Mesyuarat agung tersebut telah disempurnakan oleh Rektor UiTM Cawangan Perlis Prof. Madya Dr. Ahmad Nizan Mat Noor.

Turut hadir Presiden KKUUiTM Shahizan Said; Pengerusi KKUUiTM Cawangan Perlis Mohd Iqbal Samsi, barisan Ahli Jawatankuasa KKUUiTM serta ahli-ahli kesatuan.

SUMBANGAN DAN KOMITMEN

Dalam ucapannya, Prof. Madya Dr. Ahmad Nizan Mat Noor menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli kesatuan atas sumbangan dan komitmen mereka sebagai antara tunjang penting yang menyokong kelancaran operasi serta kecemerlangan universiti.

Beliau turut menegaskan bahawa hubungan erat antara pihak pengurusan dan kesatuan merupakan asas penting dalam mewujudkan suasana kerja yang harmoni, produktif dan sejahtera.

Kesatuan juga dilihat sebagai rakan strategik dalam memperjuangkan kebajikan warga kerja serta menyokong agenda pembangunan universiti.

DENGAN PERUBAHAN PESAT

“Seiring dengan perubahan pesat dunia pekerjaan dan perkembangan teknologi, seluruh warga kerja disaran untuk terus meningkatkan kemahiran, memperkukuh kompetensi serta bersikap positif terhadap perubahan bagi memastikan universiti kekal relevan dan berdaya saing,” kata beliau.

Pada masa yang sama, aspek kesejahteraan fizikal, mental dan keseimbangan antara kerjaya serta kehidupan peribadi turut diberi perhatian.

Beliau turut menekankan bahawa kekuatan UiTM Cawangan Perlis terletak pada semangat kekeluargaan, kerjasama dan saling menghormati yang menjadi budaya dalam kalangan warga kampus.

DALAM MENGHADAPI CABARAN

Semangat tersebut merupakan faktor utama dalam menghadapi cabaran serta mencapai kejayaan bersama.

Mesyuarat agung ini turut menyaksikan proses pemilihan dan pelantikan Ahli Jawatankuasa Kesatuan bagi sesi 2026–2029.

Pada masa yang sama, penghargaan dan ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada barisan Ahli Jawatankuasa sesi 2023–2026 atas komitmen, khidmat bakti dan sumbangan mereka dalam memperjuangkan kebajikan ahli serta memacu pembangunan kesatuan sepanjang tempoh perkhidmatan. -JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *