MALAYSIA #12 DUNIA: KEAMANAN MEMBINA KEYAKINAN, MEMACU KEMAKMURAN

11 Ogos 2026

Keamanan dan kestabilan negara terus menjadi asas penting kepada kesejahteraan rakyat serta keyakinan masyarakat antarabangsa.

Berdasarkan Global Peace Index 2024 yang dirujuk dalam ucapan Menteri Dalam Negeri, Malaysia berada di kedudukan ke-12 daripada 165 negara, selain menduduki tempat kedua di ASEAN dan ketiga di rantau Asia-Pasifik.

“Menjelang RMK13, aspirasi kita jelas membawa Malaysia berada dalam kelompok 10 negara teratas Global Peace Index.” — YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Pencapaian ini mencerminkan kepentingan usaha berterusan dalam memelihara keamanan, keselamatan dan ketenteraman awam. Kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa bukan sekadar angka, sebaliknya membawa nilai yang lebih besar kepada negara mewujudkan keyakinan, meningkatkan kesejahteraan rakyat, membuka peluang ekonomi serta memperkukuh hubungan antarabangsa.

Di peringkat ASEAN, Malaysia berada di belakang Singapura, manakala di rantau Asia-Pasifik, Malaysia berada selepas Singapura dan New Zealand.

Pencapaian ini menjadi dorongan kepada KDN untuk terus meningkatkan keberkesanan dasar, kesiapsiagaan serta kerjasama strategik bersama semua pihak.

Menjelang Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), KDN menetapkan aspirasi lebih tinggi untuk membawa Malaysia menuju kelompok 10 negara teratas dunia dalam Global Peace Index.

KDN akan terus memperkukuh ekosistem keselamatan negara agar keamanan yang dinikmati hari ini terus diterjemahkan kepada keyakinan rakyat, kemakmuran ekonomi dan masa depan Malaysia yang lebih sejahtera.

Keselamatan Hari Ini • Keyakinan Esok • Kemakmuran Bersama

Sumber: Teks Ucapan Menteri Dalam Negeri | Majlis Makan Malam Program Taklimat dan Tinjauan Keselamatan Bersama Perwakilan Asing ke ESSZone Tahun 2026 | Sandakan, Sabah | 7 Ogos 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *